Petua Hilangkan Batuk Cara Tradisional - Mengalami batuk berkahak yang tidak berhenti-henti sehingga mengganggu waktu tidur sememangnya amat meresahkan. Jika dilanda situasi seperti ini, ayuh ikuti petua tradisional berikut.
PETUA 1
Campurkan perahan air limau nipis bersama madu. Kemudian, bancuh bersama secawan air suam. Amalkan setiap pagi sehingga hilang batuk dan kahak. Antara bahan-bahan yang digunakan termasuk 3 hingga 4 biji limau nipis, 1 sudu kecil madu dan air suam.
PETUA 2
Bahan-bahan seperti limau nipis, madu dan halia juga dipercayai berupaya menghilangkan batuk dan kahak. Caranya, tumbuk 1 inci halia hingga lumat. Kemudian, campurkan halia tersebut bersama madu dan perahan limau nipis.
PETUA 3
Dapatkan perahan limau nipis. Kemudian, campurkan perahan limau nipis bersama kicap dan madu. Minum tiga kali sehari atau sehingga sembuh.
PETUA 4
Ambil 8 helai daun pudina dan rebus bersama beberapa ketul gula batu. Rebus kedua-dua bahan tadi selama 5 minit. Minum air rebusan tersebut sekerap mungkin hingga hilang batuk.
PETUA 5
Makan 2 ulas bawang putih bakar. Bakar bawang putih selama 2 minit. Kemudian, kupas kulit bawang berkenaan dan makan 2 ulas pada waktu malam.
Menerusi petua-petua tradisional yang dinyatakan di atas, madu menjadi ramuan utama bagi menghilangkan batuk dan kahak. Pun begitu, jika batuk dan kahak anda masih berterusan, segera berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
No comments:
Post a Comment